Sunday, April 21, 2024

PROGRAM IHYA RAMADAN 2024

 

PROGRAM IHYA RAMADAN  

TAHUN 2024


HARI        : SEPANJANG RAMADAN

TARIKH   : 12 MAC SEHINGGA 5 APRIL 2024

MASA      : WAKTU REHAT                   

KELAS    : SEMUA TAHAP ( TAHAP 1 SEHINGGA TAHAP 2)

AKTIVITI: TADARUS, TASMIK, DHUHA, BACAAN YASSIN PERDANA, CERAMAH NUZUL AL-QURAN DAN AKTIVITI DALAM KELAS


PELAKSANAAN AKTIVITI: SEPANJANG WAKTU REHAT


IMPAK / REFLEKSI

  1. Murid-murid tadarus berjaya khatam al-Quran dalam tempoh 1 bulan
  2. Setiap kelas tahap 2 (tahun 4 sehingga 6) berjaya melaksanakan solat dhuha dengan jayanya.
  3. Beberapa orang murid berjaya meningkatkan pembacaan iqrak kepada al-Quran melalui aktiviti Tasmik sebagai contoh murid dari kelas 3 IK iaitu seramai 3 orang telah berjaya naik kepada pembacaan al-Quran.
  4. Aktiviti setiap hari Jumaat sepanjang Ramadan seperti Bacaan Yassin Perdana dan aktiviti bertulis juga berjaya dilaksanakan dengan baik.


KEKANGAN

Pengawalan murid yang dibahagi kepada tempat yang berbeza menyukarkan guru.


PENAMBAHBAIKAN

Penyusunan jadual yang tetap mengikuti jadual waktu guru dan melibatkan semua guru kerana Program Ihya merupakan salah satu program kokurikulum.




 

 









Wednesday, September 20, 2023

JALINAN PRODUK MUSOLLA BERSAMA PANITIA

Jalinan produk adalah projek usahasama Musolla al-Falah bersama dengan beberapa panitia teras untuk memastikan objektif salah satu musolla tercapai iaitu mengimarahkan musollah dengan pelbagai aktiviti bermanfaat. Projek jalinan ini melibatkan beberapa kawasan yang berhampiran dengan musollah dibangunkan bagi kecerian surau serta pelaksanaan beberapa projek yang dapat menghasilkan beberapa produk yang bermanfaat seperti Taman Herba dan penanaman cendawan.

  




Wednesday, March 8, 2023

Pendahuluan


اَلسَلامُ عَلَيْكُم وَرَحْمَةُ اَللهِ وَبَرَكاتُهُ

Musollo sekolah merupakan syiar Islam di sekolah. Pembinaannya bukan sekadar sebagai tempat untuk melaksanakan ibadat solat semata-mata sama ada secara individu atau berjamaah tetapi ia berfungsi sebagai pusat kegiatan Pendidikan Islam di sekolah. Pengurusan musolla yang sistematik dan berkualiti dengan pelbagai program yang telah diatur dan dilaksanakan akan dapat melahirkan golongan pelajar yang memahami dan menghayati Islam secara syumul dalam kehidupan seharian. 

Tuesday, April 26, 2022

QURAN HOUR 2022

 
World #QuranHour kali ke 7 membawa Misi Surah Al-Sajdah dengan tajuk Dunia Bersujud diadakan serentak di seluruh dunia pada 24 Ramadan 1443H bersamaan 26 April 2022 pada jam 12 hingga 1 tengah hari.

Di atas kesempatan ini juga, kami warga Sebayu turut menyahut misi QuranHour kali ke 7 dengan jayanya di sekolah SK Seri Bayu, Manjung.

Monday, January 24, 2022

MAKSUD LOGO SURAU AL-FALAH

Logo adalah imej pembayang atau simbolik suatu tanda nama yang mewakili asal usul atau pengenalan sesuatu organisasi. Logo ditetapkan dalam bentuk, warna dan tulisan tertentu bagi memaparkan identiti sesebuah organisasi.

PROGRAM IHYA RAMADAN 2024

  PROGRAM IHYA RAMADAN   TAHUN 2024 HARI        : SEPANJANG RAMADAN TARIKH   : 12 MAC SEHINGGA 5 APRIL 2024 MASA      : WAKTU REHAT         ...