Wednesday, March 8, 2023

Pendahuluan


اَلسَلامُ عَلَيْكُم وَرَحْمَةُ اَللهِ وَبَرَكاتُهُ

Musollo sekolah merupakan syiar Islam di sekolah. Pembinaannya bukan sekadar sebagai tempat untuk melaksanakan ibadat solat semata-mata sama ada secara individu atau berjamaah tetapi ia berfungsi sebagai pusat kegiatan Pendidikan Islam di sekolah. Pengurusan musolla yang sistematik dan berkualiti dengan pelbagai program yang telah diatur dan dilaksanakan akan dapat melahirkan golongan pelajar yang memahami dan menghayati Islam secara syumul dalam kehidupan seharian. 

Musolla Al-Falah merupakan sebahagian bangunan yang di bina untuk warga sekolah SK Seri Bayu, Manjung. Blog ini dibangunkan bertujuan untuk memberikan maklumat yang dapat dikongsikan kepada semua pengunjung blog ini mengenai Musollah al-Falah serta aktiviti-aktiviti keislaman khususnya yang telah dijalankan di musolla Al-Falah oleh pihak sekolah.

SEJARAH AWAL PENUBUHAN MUSOLLA 

Musolla Al-Falah telah ditubuh pada tahun 2002 seiring dengan pembinaan bangunan sekolah SK SERI BAYU. Musolla ini pernah menyertai pertandingan surau peringkat negeri Perak pada tahun 2008 dan telah dinobatkan sebagai Johan dalam pertandingan itu. Namun begitu, setelah 15 tahun, kebanyakan peralatan dan hiasan-hiasan dalaman telah usang. Justeru, telah tiba masa untuk membuat penambahbaikkan musolla ini bagi memastikan keselesaan semua pelajar dan guru di SK Seri Bayu agar dapat mewujudkan persekitaran yang kondusif dan mesra pengguna. Namun Usaha-usaha ini akan diteruskan dari masa ke semasa agar musolla Al-Falah ini akan menjadi lebih ‘imarah’ dan releven. 

Kedudukan musolla ini terletak di aras bawah bangunan utama (blok A) sekolah. Musolla al-Falah sering menjadi tumpuan pengajaran samada ilmu fardhu ain dan kifayah dalam menegakkan syiar Islam. Murid-murid juga sentiasa mengunjungi surau untuk menunaikan ibadah wajib mahupun sunat. 

Musolla ini telah diilhamkan dengan nama 'aL-Falah' hasil daripada perbincangan dan persetujuan guru-guru agama dengan pihak pentadbir sekolah yang membawa maksud 'Menuju Kejayaan'. Dalam bersama menuju kejayaan, maka musolla al-Falah telah dapat menjalankan pelbagai aktiviti dan program terutamanya program Pendidikan Islam. Musolla ini juga digunakan pakai untuk setiap aktiviti kurikulum dan ko-kurikulum.

Ustaz Ahmad Fuad bin Samson merupakan individu yang telah diberi tanggungjawab menguruskan Musolla al-Falah dengan bantuan dan sokongan daripada guru-guru Pendidikan Islam. Surau ini telah mengalami beberapa transformasi dari segi penambahbaikan sesuai dengan pertambahan murid dan peredaran masa.

Semoga Musolla al-Falah akan terus diimarahkan oleh semua warga SK Seri Bayu.


 PENAMBAHBAIKKAN MUSOLLA 

 

 


No comments:

Post a Comment

PROGRAM IHYA RAMADAN 2024

  PROGRAM IHYA RAMADAN   TAHUN 2024 HARI        : SEPANJANG RAMADAN TARIKH   : 12 MAC SEHINGGA 5 APRIL 2024 MASA      : WAKTU REHAT         ...